Friday, February 11, 2011

PROGRAM KASIH SAYANG 1 MALAYSIA

Pada 9 februari 2011 Radio Malaysia Selangor FM telah mengadakan program kasih sayang bersama penghuni di pusat jagaan orang kurang upaya & terbiar Lovely Petaling Jaya.

VIP : Yang Berhormat Abdul Shukor Idrus, ADUN Kuang

Artis undangan : Angeline Tan & Azura

Program ini dengan jayanya telah diterbitkan
oleh adik-adik praktikal dan bekas praktikal seperti :

Salmiza Mohamed Salim
Syafikah Mohd Gawus
Siti Rohani Saderi
Yuhanis Md Nor
Nur Shafiah Shafiee
Nur Hafizah
Penerbit Penyelaras : Pn. Hamidah Aris

Sekalung penghargaan juga untuk barisan penaja seperti :-

Kopi Omega
(wang tunai) Alpha lipid
(Madu) THL Product Industries
(Terapi) Eman Network
(Buah Oren) Cold Storage Mid Valley
(Makan Tengah Hari) Langat Catering
(Tat Nenas) Pn. Niza
(Milo) Nestle Manufacturing

Kasih Sayang 1 Malaysia.

Wednesday, February 9, 2011

PROGRAM DESTINASI KEMBARA SELANGOR FM KE NEGERI SEMBILAN.

Pada 30 & 31 Januari 2011 tempoh hari, kembara SelangorFM diteruskan lagi destinasi kali ini di negeri adat pepatih Negeri Sembilan, jangan lupa ikuti diari destinasi ke negeri tersebut sepanjang februari ini menerusi Radio Malaysia Selangor FM, setiap kamis, 11.30 pg.

Barisan krew SFM yang menyertai kembara ini
Pn. Hamidah Aris - Penerbit Penyelaras
Dj Sharul - Penerbit
Dj Fazly
Siti Rohani Saderi - Pelajar Praktikal
Shafiah Shafiee - Pelajar Praktikal

dan

Sejuta Penghargaan kepada Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan di atas kerjasama yang diberikan.
Antara tempat yang kami lawati :-


Restoran Kayu Manis, Lukut


Muzium Tentera Darat, Kem Sirusa, Port Dickson



Avillion Admiral Cove

En. Sharudin Itam, Pengarah Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan.


Medan Ikan Bakar, Port Dickson.


Casa Rachado Beach Resort, Port Dickson.

Taman Mini Malaysia, Seremban.

Muzium Negeri Sembilan


Nilai 3

Sebelum terlambat Kami di Radio Malaysia Selangor FM, mengucapkan selamat tahun baru cina kepada semua yang menyambutnya

Nantikan kami di destinasi seterusnya.

Thursday, January 27, 2011

PROGRAM MOTIVASI DI KALUMPANG RESORT DAN TRAINING CENTRE HULU SELANGOR.

Selama 2 hari (24 & 25 jan) sebahagian besar krew SELANGORfm telah berkampung di Kalumpang Resort Training Centre Hulu Selangor, untuk menyertai program motivasi bersama motivatornya Hj Roslan Mohammad. Manakala keesokan harinya sesi percambahan idea dan penambahbaikan siaran telah dilakukan oleh krew SELANGORfm.

Pejabat SELANGORfm mengalami evolusi!!!

Pada 19 Januari yang lalu pejabat kami yang bertempat di Ipptar
telah diubah-suai dengan kedudukan yang baru, setiap anggota SELANGORfm
telah bergotong-royong melaksanakan aktiviti ini.

sesi taklimat

pembahagian tugas.

Acara mengemas bermula....












Inilah rupa terkini pejabat kami!


Sunday, January 9, 2011

KEMBARA SFM BERSAMA KTMB KE PULAU LANGKAWI : SUKSES!!!!

Radio Malaysia SelangorFM untuk kesekian kalinya telah kembali berkolabarasi bersama dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), menerusi kembara kali ini menuju ke Pulau Langkawi, pada 28,29,30/12/2010 tempoh hari. Berikut antara rentetan perjalanan kami :-

28/12 :-
8.50 mlm - Temubual bersama En.Nordin Kimi dari KTMB mengenai kerjasama ini.
9.15 mlm - Menaiki KTMB "Senandung Langkawi" dari KL sentral ke Stesen KTMB Alor
Setar, Kedah.

Sepanjang perjalanan pelbagai acara telah diadakan di gerabak acara antara SFM bersama penumpang yang lain, seperti acara sukaneka, permainan pentas, kuiz, karaoke, persembahan nyanyian daripada artis terkenal Farah Waheeda dan Daus.

29/12 :-

7.00 pg - KTMB sampai di stesen Alor Star Kedah. Krew SFM dijemput krewKedahFM untuk
melawat dan acara suai kenal di KedahFM.
10.00 pg - RTM Kedah membawa semua krew ke jeti menaiki feri ke Pulau Langkawi dari
jeti Kuala Kedah.

10.30 pg - Sampai di Jetty Point Pulau Langkawi, krew dibawa ke LangkawiFM untuk sesi suai
kenal.
11.00 pg - Semua krew check in di My Hotel Langkawi.

2.00 ptg - Sebahagian Krew Selangor FM merakam sebahagian destinasi yang menarik di
Pulau Langkawi menerusi audio dan visual untuk siaran, antaranya :-
~ Makam Mahsuri
~ Beras Terbakar
~ Cable Car
~ Telaga Tujuh
~ Harbour Park
~ Laman Padi
~ Pantai Cenang
~ Underwater World
8.30 mlm - Makan malam bersama pengunjung, acara kuiz, sukaneka, menonton perlawanan
akhir bola sepak Piala AFF Suzuki antara Malaysia menentang Indonesia.
Persembahan khas artis Farah waheeda dan Daus.

Daus bergurau bersama penonton

Farah Waheeda turut membuat persembahan

30/12:-

8.30 pg - Sebahagian krew SFM kembali membuat rakaman beberapa destinasi menarik lagi
sekitar Pulau Langkawi antaranya :-
~ Galeria Perdana
~ Kilim Geopark
~ Idaman Suri

10.00 pg - membeli belah
2.30 ptg - Bertolak ke Jetty Point menaiki feri menuju ke Kuala Kedah
7.49 mlm - Menaiki KTMB Alor star menuju ke KL Sentral

Ketika di dalam perjalanan pulang setiap krew SFM mendapat tempat tidur di dalam gerabak.

31/12

5.40 pg : Kami Sampai di Kuala Lumpur

Antara yang terlibat di dalam kembara ini :-
~ Pn. Munah Madar - Pengarah Penyiaran SelangorFM
~ En. Mohamad bin Awang (suami pengarah)
~ Pn. Salbiah sharif - Ketua Bahagian Rancangan
~ Pn. Hamidah Aris - Penerbit Eksekutif
~ Dj Sharul - Penerbit Destinasi
~ Dj Fiza
~ Dj Izwan Malik
~ Syamsul Alwan - Wartawan
~ Mohd Khairul - Jurukamera
~ Muhammad Anuar - Jurukamera
~ Mohd azli Harun - Juruteknik
~ En. Noordin Kimi (KTMB)
~ Nor Khalidah Mohammad (KTMB)
~ Noor Azian Mohamad (KTMB)
~ Siti Rohani Sarderi - Pelajar Praktikal
~ Nur Syafiqah Mohd Gawus - Pelajar Praktikal
~ Farah Waheeda - Artis
~ Daus AF8 - Artis
~ Iryani binti Johari - PR Daus
~ Maria Mohamad - Ibu Farah Waheeda

Sekalung penghargaan untuk Pn. Hamidah Aris a.k.a DJ Mid (Penerbit Eksekutif),
yang sangat bertungkus-lumus dari permulaan program sehingga ke penghujung.
Kak Mid u Rockkkkkkkkk!!!!!!!

Jumpa kami di destinasi sterusnyaa!!....kemana?...
tungguuuu!!!

Wednesday, December 8, 2010

KEMBARA BERSAMA KTMB KE PULAU LANGKAWI.


PERHATIAN!!!

Anda dialu-alukan untuk turut serta di dalam program kembara SelangorFM bersama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ke Alor Star menuju ke Pulau Langkawi pada 28, 29, 30 disember 2o1o, dimana pelbagai acara menarik bakal berlangsung sepanjang perjalanan ke destinasi yang ditujui, antaranya acara sukaneka, karaoke, beramah-mesra dengan dj-dj dan krew SelangorFM, dan akan dihiburkan dengan penyanyi Daus (AF8) dan seorang penyanyi terkenal tanah air.

Berminat untuk turut serta dan ingin mendapatkan keterangan lanjut :
sila hubungi talian KTMB : 03-2279 8858 / En. Nordin Kimi : 019-229 1486

Wednesday, August 25, 2010

RAKAMAN KHAS HARI RAYA KE KOTA KINABALU, SABAH 2010

Wahai semua pelayar blog ini mungkin ada yang perasan mungkin juga tidak bahawasanya pada 4 hingga 8 Ogos yang lalu krew Radio Malaysia SELANGORfm telah berkunjung ke negeri Sabah di bawah bayu untuk mengadakan rakaman Rancangan Khas Raya Aidilfitri 2010 bersama Sabahfm. Objektif lain rakaman ini diadakan adalah untuk menjalinkan ikatan silaturrahim yang lebih mesra antara kakitangan kedua-dua stesen serta memanfaatkan hubungan dengan lebih kukuh melalui pertukaran dan penerbitan bersama Rancangan Khas aidil fitri 2010.

Krew Selangor fm yang terlibat di dalam rombongan ini :

En. Sabri Mansor : Timbalan Pengarah
Pn. salbiah sharif : Ketua Bahagian Rancangan
Pn. Hamidah Haris
Pn. Nora
Pn. Adzlina
En. Zainal
Cik Zanariah
Dj Sharul
Dj Fiza
En. Jeremy (wartawan Kosmo)
Ibnu Fred (Artis)
Farhan (Artis)
Salmiza (Pelajar Praktikal)


Berikut merupakan trivia sepanjang perjalanan kami.

4 0g0s 2010

- Bertolak dari LCCT ke Kota Kinabalu
- Check in di Apartment Tabung Haji
- Rakaman Program Saji Warisan
Pn. KBR bergambar bersama penerbit Saji Warisan di Pantai Tanjung Aru

5 ogos 2010

- Rakaman drama Raya di Studio RTM Kota Kinabalu

Sesi rakaman drama

Pn. Nora sedang menjiwai wataknya.

- Geng tempe di temuramah di Sabah FM menerusi slot "Bah Ngam Laa tuu"

6 ogos 2010

- Rakaman Rancangan Berbalas Pantun Raya diantara Selangorfm dan Sabah fm di Pusat Beli Belah One Borneo

7 ogos 2010

- Latihan untuk rakaman Rancangan fiesta Lebaran di Pusat Beli-belah One Borneo

Ebi Kornelis turut mengadakan persembahan

Pn KBR bergambar dengan Farhan

- Rakaman Rancangan fiesta Lebaran.

Dj Fiza berduet bersama seorang Dj Sabah FM mengacarakan majlis

Dj sharul Berduet bersama seorang DJ dari Sabah fm

Juara Bintang P.ramlee& Saloma 2008 Ibnu Fred juga turut membuat persembahan.

8 ogos 2010
Terima Kasih Sabah kenangan sepanjang di sana pasti akan terpahat di sanubari buat selamanyaa......

- Penerbangan pulang dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur.

Nantikan program-program ini sepanjang hari aidilfitri raya nanti.